27 Nov 2013

nasi bujang !

hai assalamualaikum selamat petang para pembaca ! tajuk berita pada hari ini adalah nasi bujang. tetiba aku rasa nak bercerita pasal nasi bujang lepas aku bersembang dengan mak aku pasal benda ni.hakhakhakhak

nasi putih + telur mata + sambal belacan + sup kosong = nasi bujang. nasi bujang nie boleh dikategorikan sebagai makanan penyelamat masa ko tengah sengkek, tgh kering poket selain daripada maggi. student yang duduk jauh dari parents mesti pernah rasa makanan penyelamat nie melainkan ko anak orang kaya. sebenarnya makanan macam ni boleh je ko masak sendiri. tapi disebabkan tahap kemalasan yang tinggi so makan kat kedai je lah jawabnya . ye dak ? bila duduk rumah aku rasa teringin pulak nak makan makanan penyelamat nie. tapi aku tak suka sambal belacan so aku gantikan dengan sos cili. sebenarnya bila makan makanan yang murah ni lah terasa kenikmatan dia. first time aku kenal makanan penyelamat nie masa aku keluar makan dengan member aku masa aku sem 1 dulu.. aku peliklah sebab dia dok kata teringin nasi bujang. tak pernah dengar pun nama nasi tu. so aku tunggu dia order. masa tu lah baru aku tahu yang nasi bujang tu adalah nasi yang ko makan kat rumah time mak ayah ko keluar and tak tinggalkan apa apa lauk pun untuk ko makan. mestilah ko amek keputusan untuk masak nasi pastu goreng telur mata . sejak dari tu memang aku suka makanan penyelamat tu sampai sekarang. tu je lah yang aku mampu cerita pasal nasi bujang ni. 

pengalaman mematangkan kita :) 



1 Jul 2013

Kami Buddyz !

hai assalamualaikum pakcik makcik dah mencekik ke belum? kalau belum diharap cepat pergi masak then makan :) dihari isnin yang mendung ditempat aku ni,aku nak bercerita pasal sang kancil datang beramai ramai menghadap sang buaya. ceh ! banyak terpesong. okay hari ni 1 julai 2013,jadi tinggal 3 hari lagi untuk aku pulang ke kolej yang 'terchenta' tu. 

cerita pasal kolej,nak tahu apa yang best dekat situ ? haruslah aku katakan classmates yang paling best. dalam class aku tak ada yang cover cun,cover sopan, cover macho.memang tak ada.semua bagai tak betul bila jumpa.bagai kolej itu aku yang punya..hahahaha. dekat dorang la aku berkongsi cerita kisah suka duka kehidupan. menangis sesama,ketawa sesama,buat kerja gila sesama.semuanya bersama.dapat lecturer pulak yang best belaka. aku tak anggap lecturer tu macam lecturer aku.tapi aku anggap dorang macam kakak dgn abang aku. tapi aku still hormat dorang sebagai lecturer. haa nampak pengakuan jujur dari aku.

lagi satu kat kolej tu aku ada sorang member yang aku panggil ngoii.. bila aku jumpa dia kat kolej mesti aku jerit then kitaorang akan peluk peluk macam tak jumpa 10 tahun.padahal setiap hari aku jumpa dia kat sana. tiap kali jumpa mesti macam tu.spontan okay! ouhh sungguh aku rindu dorang semua.classmates,housemates,soulmates eh ada ke? haha tak ada tak ada. 

so naik sem nie boleh la jumpa mereka mereka yang penting dalam hidup aku..yang bertanggungjawab bagi semangat,bagi dorongan dan sokongan padu untuk aku teruskan perjuangan. wahh ayat kau kemain dramatik,fantastik,bombastik lagi..okay dah cukup. aku tak nak berjiwang sesayu hati lagi. cukup ! cukup !